Wednesday, September 28, 2011

AMANAT CEO

CEO
TN. HAJI MD. FUAD BAHARI


 Segala puji bagi Allah Tuhan seklian alam, Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w, keluarga serta sahabat baginda. 

 Tahniah dan syabas kepada para graduan kali ke-19 Kolej Dar al-Hikmah. Sebuah IPT yang mempunyai visi dan misi yang unggul dan unik yang mendokong tradisi intelektual Ulu'l-Albab realitinya amat mencabar. Namun itu bukan lah alasan yang boleh melemahkan semangat kita. Malah KDH kekal cemerlang sebagai IPT islam yang masih berani mempertahankan idealisma dan intelektualisme dalam hiruk-piruk pasar materialisme dan kapitalisme. 

 Kita sentiasa memantau struktur organisasi dan operasi KDH tanpa berkompromi soal tesis ilmu dan kebenaran pemikiran peradaban tinggi, jati diri budaya dan wacana intelektual. 

 Hari ini , kami di KDH amat yakin dan percaya untuk melepaskan graduan-graduan di tengah masyarakat. Sesungguhnya di sini kalian telah dipersiapkan dengan kperluan modal insan secukupnya, bahkan dibekali dengan tarbiyyah ruhiyyah dan emosi untuk perjuangan memartabatkan agama dan negara. 
 Disini hampir 3 tahun kalian bertahan dalam serba kesederhanaan , dalam gelumang kuliah dan ceramah dalam pertarungan tugasan dan imtihan, sekurang-kurangnya hanya dua perkara sahaja yang ingin kami berikan iaitu ilmu dan hikmah.

 Dua kalimat ringkas ini mengandungi seribu takrifan. Paling tidak menurut kami, ilmu adalah cahaya yang mencerahkan, mencerap hakikat sesuatu, agrumentasi dan pembuktian. Manakala hikmah adala sisi praktis ilmu itu sendiri. Hikmah adalah mengenali nilai-nilai yang mampu menyonsong manusia kepada kebenaran melalui pengetahuan dan "kesempurnaan kekutan teoritis".

 Inilah juga antara misi utama para Nabi. Iniulah yang akan mnejadi visi bekalan kalian dalam medan kehidupan. Bekalan inilah akan menjadi cermin pandangan dunia (world view) gagasan institusi pengajian islam yang menjadikan insan sempurna dari segi ruh, nafs, qalb, dan 'aql. Inilah juga idealisme ummah yang digagaskan untuk membentuk masyarakat Rabbani seperti firman Allah s.w.t yang bermaksud ," Bacalah (wahai muhammad) dengan nama Tuhanmu yang telah jmenciptakan manusia daripada segumpal darah , Bacalah dan Tuhanmu amat pemurah, yang mengajarmu (menulis) dengan pena. yang mengajarkan kepada manusia apa-apa yang tidak diketahuinya." [Qs. Al='alaq :1-5].

 Akhir kalam , marilah kita bersama-sama mengikat hati untuk memartabatkan institusi pendidikan rakyat yang masih teguh berdiri ini walau di landa samudera. Kehadiran andan dalam institusi ini amat dihargai sebagai menyambung wadah pusaka umat.

 Selamat maju jaya sekali lagi saya ucapkan kepada semua graduan. Anda adalah aset kami yang tidak terhingga. 
Sekian Wassalam. 

No comments:

Post a Comment