AKTIVITI



*Seminar Pengajian Tinggi Islam ke-VII

Tarikh : 31 Oktober 2009/ 12 Zulkaedah 1430 (sabtu)
Tempat: Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP), Bandar Baru Bangi

Generasi ulul albab adalah golongan yang memiliki akal dan kefahaman yang matang, mendalam dan mendasar  sehingga mampu membuat penilaian yang betul ,benar dan tepat. Al-Quran menakrifkan ulul albab sebagai mereka yang memiliki akal fikiran yang sempurna iaitu golongan yang mampu mengerti nilai sebenar dan hakiki sebuah kehidupan dan mampu memeliharanya dengan sebaik-baiknya. Menyedari bahawa usaha untuk melahirkan generasi ulul albab dalam merangka pembangunan masyarakat amat diperlukan pada masa kini, maka Kolej Dar aL-Hikmah telah mengambil inisiatif menganjurkan program ilmiah yang juga bersempena sambutan ulang tahun ke-20 KDH iaitu Seminar Pengajian Tinggi Islam ke-VIIbertemakan "Membina Generasi Ilmuwan Ulul Albab". Seminar sehari yang merupakan program tahunan KDH ini telah berlansung di  Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP), Bandar Baru Bangi pada tarikh 31 Oktober 2009/ 12 Zulkaedah 1430 (sabtu) dengan dihadiri seramai 250 orang peserta yang terdiri daripada ahli-ahli akademik dari beberapa institusi pendidikan tinggi tempatan, wkil-wakil badan kerajaan dan pelajar. SPTI VII ini antaranya bertujuan untuk memupuk kefahaman yang mendalam mengenai maksud ilmuwan ulul albab, menyelidik kaedah terbaik dalam pendidikan islam serta menganalisis pelbagai cabaran dalam usaha membina generasi ulul albab dan memahami peranan yang perlu dilakukan oleh Institusi Pengajian Tinggi Islam khususnya peranan Kolej Dar aL-Hikmah dalam membentuk generasi ilmuwan ulul albab. Kehadiran dan sambutan yang diberikan oleh peserta-peseta agak memberansangkan pada kali ini sehingga mampu menarik pelajar dari negara jiran seperti Thailand dan Indonesia. 




*Dialog Keibubapaan

Al-Hikmah Training and Consultancy Sdn. Bhd. sebagai cabang kepada Kolej Dar Al-Hikmah dengan kerjasama Kelab Staf Kolej Dar al-Hikmah telah menganjurkan Dialog dan bengkel Keibubapaan bersama Y.Bhg. Prof. Madya Dr Mariani Md Nor (Fakulti Pendidikan , UM) pada 27 November 2010. Program inin bertujuan untuk memberikan panduan kepada peserta mengenai ilmu kemahiran keibubapaan dalam mendidik anak-anak. Program telah dikendalikan secara Interaktif ini telah menarik perhatian lebih kurang 80 peserta sekitar Bandar Baru Bangi dan Kajang.





















*Lawatan Ke Jakarta

Pada 18 hingga 27 Januari 2010, rombongan Ziarah Mahabbah Ilmiah anjuran Jabatan Pengajian Islam dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar, Kolej Dar al-Hikmah telah berlansung. Rombongan seramai 30 orang peserta dari kalangan staf dan pelajar KDH sempat berkunjung ke Dewan Dakwah Islamiah Indonesia (DDII), Universitas Ibn KhaldunBogor, Al-Binaa Boarding School dan Pondok Pesantren Darul Fallah, Bogor.






*STAFF DAN PENSYARAH 
  • HARI KELUARGA PADA 30 MAC 2011
Satu porgram telah di adakan pada bulan Mac, iaitu Hari Keluarga bagi kesemua staf dan pensyarah KDH.. antara gambar-gambar yang dapat di tunjuk kan : macam-macam gelagat mereka kita dapat lihat, sungguh bergembira dan bahagia .


Belon jangan pecah ya!


Cergas Fizikal Cergas Minda


Bersenam sihat lagi


Karenah anak-anak mewarna

Apa agaknya yang di jeritkan oleh Pn. Zawati tu ye?


Meriah sungguh!

Itu la antara aksi-aksi dan telatah mereka semua di hari keluarga. Ada yang ketawa, menjerit dan bermacam-macam lagi.Disini juga terjalin la ukhuwah sesama kita sesama manusia.