Wednesday, September 28, 2011

WARKAH PRESIDEN


PRESIDEN
DATO' DR. SIDDIQ FADZIL



  Memang menghairankan, bagaimana umat yang tahu bahawa perintah pertama agamanya adalahiqra' (baca), tiba-tiba ditimpa kelesuan budaya ilmu. Mungkin antara puncanya adalah kegagalan menyingkapi kitab suci (al-Qur'an) dengan benar. Al-Qur'an hanya dibaca dengan motif ta'abbudiysemata-mata, sekadar ritaul mencari pahala. Yang rata-rata terbudaya adalah pembacaan pasif, tanpa kesedaran tadabbur, merenung dan menangkap mesejnya dengan sikap responsif. Yang penting segera khatam, bukan kefahaman dan penghayatan. Tradisi pembacaan kitab suci telaha kehilangan dimensi ta'aththur atau rasa terkesan dengan al-Qur'an. Kegagalan melakukan pembacaan yang produktif telah mengakibatkan kebekuan intelektual, ketandusan spritual, dan kelesuan budaya maju. 

  Kemungkinan lain adalah kegagalan sistem pendidikan kita membina semangat cintakan ilmu. Memang sistem ini telah melahirkan generasi berprestasi akademik, tetapi mereka bukan generasi pencinta ilmu. Persaingan mencapai kecemerlangan prestasi bukanlah indikasi cinta dan ghiarah terhadap ilmu, tetapi lebih kepada berupa persaingan merebut peluang yang lebih baik di pasaran kerja. Demikianlah salah satu jelmaan gejala Excellence Without a Soul, ungkapan yang diangkat oleh Harry R.Lewis menjadi judul dibukunya tentang Universiti Harvard. Universiti termegah didunia itu dikatakan sering ditimpa petaka keintelektualan yang sangat berat akibat terobsesi dengan kecemerlangan akademik, tetapi kehilangan roh, jiwa, dan erti hakiki pendidikan. Pendidikan islam juga tampknya semakin jauh ikut terseret ke ruang musibah kehilangan roh. Adalah sangat malang , bahawa roh yang hilang itu termasuk roh iqra', titah yang mengawali segala perintah , kata pembuka kitab mukjizat berdaya transformatif (al-i'jaz al-taghyiriy) yang mencengangkan. Justeru , tranformasi ketamadunan yang merubah masyarakat jahiliah menjadi umat pencerah bermula dengan satu kata: iqra!(baca!).

     Kembali kepada ke semangat iqra' bererti melakukan tindakan korektif terhadap orientasi keilmuwan masa kini yang rata-rata sudat hanyut dibawa arus sekularisasi, polititasi dan komersiallisasi. Institut-institut keilmuwan tidak lagi dapat menentukan bahawa yang diajarkan adalah ilmu yang memanusiakan dan mengutuhkan kemanusiaan. Akibat menguatkan orientasi 
market driven, yang diutamakan adalah ilmu yang memenuhi permintaan dunia pekerjaan. Demikianlah krisis yang sedang mengacau-bilaukan tradisi keilmuan kita. Dengan meremehkan ilmu-ilmu yang mendidik dan memanusiakan yang dapat dilahirkan dengan hanya-hanya pekerja-pekerjayang berkemahiran, bukan kualiti keinsanan. Institusi-institusi keilmuan bukan lagi tempat orang yang tertumpu mencari 'ilman nafi'an, ilmu yang bermanfaat demi mencari ridha ilahi dan kesejahteraan.

  Antara jelmaan paling menyolok krisis keilmuan yang sedang terjadi termasuklah keleuasan gejala pengkhianatan terhadap ilmu. Tampaknya trajedi keintelektual yang pernah diungkapkan oleh Julien Benda tentang La Trahison des clercs atau pengkhianatan kaum cendekiawan, tidak hanya relevan dalam konteks Perancis awal abad-20, tetapi sudah menjadi fenomena biasa dimana-manasepanjang masa. Dimana-mana orang selalu berpendirian yang tidak berasakan ilmu malah berasaskan nafsu. 

   Budaya kemunafikan tersebut harus dilawan dengan gerakan moral, gerakan pencerahan dan gerakan pencerdasan umat. Gerakan tersebut harus berintikan pemugaran semangat iqra' dan pendaulatan nilai ilmu. pembinaan generasi pencinta ilmu harus diangkat menjadi agenda utama. Cita-cita pembinaan masyarakat berasaskan ilmu atau knowledge-based society tidak mungkin terlaksana tanpa sumber motivasi kekuatan nilai ilmu. justeru, nilai budaya adalah sumber motivasi dan sekali gus ppembentuk bangsa. Do'a Rabbi zidni'ilman harus menjadi amalan harian yang disertai komitmen terhadap pendidikan sepanjang hayat.

berburu ke padang datar, 
dapat rusa belang kaki.
berguru kepalang ajar,
bagai bunga kembang tak jadi.

sekian.



AMANAT CEO

CEO
TN. HAJI MD. FUAD BAHARI


 Segala puji bagi Allah Tuhan seklian alam, Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w, keluarga serta sahabat baginda. 

 Tahniah dan syabas kepada para graduan kali ke-19 Kolej Dar al-Hikmah. Sebuah IPT yang mempunyai visi dan misi yang unggul dan unik yang mendokong tradisi intelektual Ulu'l-Albab realitinya amat mencabar. Namun itu bukan lah alasan yang boleh melemahkan semangat kita. Malah KDH kekal cemerlang sebagai IPT islam yang masih berani mempertahankan idealisma dan intelektualisme dalam hiruk-piruk pasar materialisme dan kapitalisme. 

 Kita sentiasa memantau struktur organisasi dan operasi KDH tanpa berkompromi soal tesis ilmu dan kebenaran pemikiran peradaban tinggi, jati diri budaya dan wacana intelektual. 

 Hari ini , kami di KDH amat yakin dan percaya untuk melepaskan graduan-graduan di tengah masyarakat. Sesungguhnya di sini kalian telah dipersiapkan dengan kperluan modal insan secukupnya, bahkan dibekali dengan tarbiyyah ruhiyyah dan emosi untuk perjuangan memartabatkan agama dan negara. 
 Disini hampir 3 tahun kalian bertahan dalam serba kesederhanaan , dalam gelumang kuliah dan ceramah dalam pertarungan tugasan dan imtihan, sekurang-kurangnya hanya dua perkara sahaja yang ingin kami berikan iaitu ilmu dan hikmah.

 Dua kalimat ringkas ini mengandungi seribu takrifan. Paling tidak menurut kami, ilmu adalah cahaya yang mencerahkan, mencerap hakikat sesuatu, agrumentasi dan pembuktian. Manakala hikmah adala sisi praktis ilmu itu sendiri. Hikmah adalah mengenali nilai-nilai yang mampu menyonsong manusia kepada kebenaran melalui pengetahuan dan "kesempurnaan kekutan teoritis".

 Inilah juga antara misi utama para Nabi. Iniulah yang akan mnejadi visi bekalan kalian dalam medan kehidupan. Bekalan inilah akan menjadi cermin pandangan dunia (world view) gagasan institusi pengajian islam yang menjadikan insan sempurna dari segi ruh, nafs, qalb, dan 'aql. Inilah juga idealisme ummah yang digagaskan untuk membentuk masyarakat Rabbani seperti firman Allah s.w.t yang bermaksud ," Bacalah (wahai muhammad) dengan nama Tuhanmu yang telah jmenciptakan manusia daripada segumpal darah , Bacalah dan Tuhanmu amat pemurah, yang mengajarmu (menulis) dengan pena. yang mengajarkan kepada manusia apa-apa yang tidak diketahuinya." [Qs. Al='alaq :1-5].

 Akhir kalam , marilah kita bersama-sama mengikat hati untuk memartabatkan institusi pendidikan rakyat yang masih teguh berdiri ini walau di landa samudera. Kehadiran andan dalam institusi ini amat dihargai sebagai menyambung wadah pusaka umat.

 Selamat maju jaya sekali lagi saya ucapkan kepada semua graduan. Anda adalah aset kami yang tidak terhingga. 
Sekian Wassalam. 

Tuesday, August 09, 2011

KDH

KOLEJ DAR AL-HIKMAH 


PENGENALAN

 Kolej Dar al-Hikmah (KDH) dahulu dikenali sebagai Institut Pengajian Ilmu-Ilmu Islam (IPI). Ia mula beroperasi pada tahun 1989 dan merupakan kolej swasta Islam yang terawal  ditubuhkan di Malaysia.

   Perubahan nama kepada Kolej Dar al-Hikmah (KDH) berkuatkuasa pada 1 Muharram 1423/15 Jun 2002. KDH bernaung di bawah Syarikat Bina Ilmu Sdn. Bhd milik Angkatan  Belia Islam Malaysia (ABIM) Dan Koperasi Belia Islam (KBI).

   Penubuhan KDH adalah sebagai penerusan program tarbiyah dan dakwah ABIM yang bermula daripada Taman Asuhan kanak-kanak Islam (TASKI), Sekolah Rendah Islam (SERI)  dan Sekolah Menangah Islam (SEMI). Matlamat KDH adalah untuk membangun tradisi ilmu memugar kegemilangan Tamadun  Islam dan menjadikan Islam sebagai cara hidup.

   Bagi memenuhi hasrat itu KDH menyediakan kursus-kursus asas Islam sebagai subjek wajib kolej dan menggabungkannya dengan program profesional/akademik untuk  melahirkan sumber manusia yang beriman, berilmu, berketrampilan, berakhlak, komited dan berdaya maju.



VISI
  • Institusi Pengajian Tinggi Yang Unik, Cemerlang dan Terbilang. 

MISI

  •  Menyediakan pendidikan bersepadu di peringkat pengajian tinggi.
  •  Melaksanakan tarbiah yang lengkap dan seimbang jasmani, aqli dan rohani.
  •  Membina generasi yang bertaqwa, berketrampilan, relevan dan komited.




ALUAN PRESIDEN

Sebagai IPTS yang terjelma dari nyala semangat memartabatkan pendidikan anak bangsa, Kolej Dar al-Hikmah (KDH) kini mampu menawarkan kualiti pendidikan yang  mencapai piawai badan pengakreditasian.
   Kursus-kursus yang ditawarkan sentiasa dikemaskini dan dikembangkan sesuai dengan misi pemerkasaan generasi abad 21 dengan ilmu yang relevan. Selain menawarkan  kursus-kursus profesional KDH membina warganya menerusi penghayatan budaya kolej yang berasaskan nilai-nilai murni keagamaan.
   
KDH memang selamanya setia dengan iltizam pembinaan generasi terdidik yang berketrampilan  dan sekaligus memiliki kesedaran keinsanan, keislaman dan kewarganegaraan.   
   Kampus KDH dengan lokasinya yang strategik memungkinkannya menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif-damai, tenang dan bebas dari gangguan hiruk-pikuk kekotaan. Kehadiran anda kami tunggu dengan ramah, mesra dan ceria.

  Dato’ Dr. Siddiq Fadzil,
  Presiden Kolej Dar al-Hikmah